| 03 November 2010
Sejarah perjuangan gerakan kesatuan dikalangan guru-guru bermula dengan penubuhan Union of Selangor Teachers pada 24.Ogos.1947 dengan seramai 41 orang ahli pengasas. Pada tanggal 12.Ogos.1954 ,pertubuhan ini dibubarkan dan NUT Cawangan Selangor diasaskan pula. Sejak penubuhannya NUT Cawangan Selangor sangat aktif dalam isu-isu perkhidmatan dan sosial. Menjelang tahun 1967 ,keahliannya telah mencapai angka 2,500 orang.
Para pemimpin sewaktu ini sangat prihatin terhadap soal-soal yang berhubung kait dengan martabat kaum guru. Ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada pemimpin-pemimpin hari ini. Di antara tindakan yang diambil oleh mereka demi memartabatkan profesyen perguruan adalah seperti perhimpunan, piket,`Work-To-Rule’, ceramah dan mogok. Semua ini dijalankan semata-mata kerana untuk mempertahankan kaum guru. Kedudukannya yang dekat dengan ibu pejabat menyebabkan cawangan ini terlibat secara lebih aktif didalam semua rancangan yang dijalankan oleh ibu pejabat.
PENUBUHAN KPPK CAWANGAN SELANGOR
Pada tahun 1973 NUT dan KKGSK telah bergabung dan membentuk KPPK(NUTP). KPPK Cawangan Selangor telah didaftarkan secara rasminya pada 27.Jun.1974 dengan keahlian sebanyak 3115 orang. Mesyuarat pertama KPPK Cawangan Selangor telah diadakan pada September 1974.





