PERJUANGAN ERA 1970-AN

Tempoh masa ini merupakan satu era yang amat mencabar. Para pemimpin ketika ini terpaksa menghadapi pelbagai  tohmahan daripada berbagai-bagai pihak yang tidak senang dengan dua buah kesatuan gergasi yang  mewakili kaum guru.

Berbagai-bagai langkah telah disusun di bawah kepimpinan Sdr.Ismawi b Hj Abdul Manan dan  Sdr.A.Rajaguru  untuk menyangkal segala tuduhan bersifat komunal dan tidak berasas ini.

Era ini juga merupakan satu masa di mana pemimpin di peringkat cawangan menumpukan segala masa dan tenaga  ke arah menjadikan Cawangan Selangor sebagai cawangan yang terunggul.

Pelbagai seminar telah dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Untuk mendekatkan diri dengan ahli, Majalah Guru Selangor  diperkenalkan sebagai wadah perjuangan guru.

Pada masa ini juga sebuah rumah teres dua tingkat dibeli sebagai pelaburan untuk masa depan.

Zaman ini boleh diumpamakan sebagai  zaman kegemilangan KPPK Cawangan Selangor kerana bukan sahaja berjaya meningkatkan bilangan keahlian bahkan  mengukuhkan  kedudukan kewangan Cawangan Selangor.

Di samping itu era ini juga telah menampilkan ke hadapan ramai pemimpin yang berwawasan dan berwibawa seperti Sdr.Ismawi, Sdr. A.Rajaguru, Sdr.A.R.Peter , Sdr.P.Ramanathan, Sdr.Wong Boon San, Sdr.Bakhtiar dan ramai lagi pemimpin yang telah meneruskan wadah perjuangan kesatuan.

PERJUANGAN ERA 1980-AN

Pada abad ini tumpuan diberikan untuk memperbaiki dan memperjuangkan isu-isu perkhidmatan yang lebih baik.

Pada era ini dibawah kepimpinan Sdr A.Rajaguru telah berjaya mendapatkan Gaji Dua Skim untuk semua warga pendidik . Gaji kepada hanya 2 skim iaitu siswazah dan bukan siswazah.


PERJUANGN ERA 1990-AN

Misi  perjuangan  diteruskan di bawah kepimpinan Sdr.P.Ramanathan dan Sdr.Hj.AjidanHj.Hashim.

Di bawah kepimpinan  mereka pelbagai usaha telah dijalankan untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni  di antara kesatuan dan jabatan.

Pada tanggal 21.Jul.1991 satu perhimpunan diadakan di Dewan Letchumanan Klang untuk mendesak Jabatan Pendidikan  Negeri Selangor mempercepatkan  urusan perlaksanaan Gaji Dua Skim.

Sekali lagi KPPK Cawangan  Selangor telah  memperlihatkan kehebatnnya apabila ia tidak berpeluk tubuh bila seorang ahlinya menjadi mangsa ketidakadilan . Satu perhimpunan diadakan pada 1994 di Dewan Hamzah ,Klang untuk membela maruah ahli tersebut.

Misi perjuangan guru di Negeri Selangor diteruskan di bawah kepimpinan Sdr.Hamidi Mookkaiyah  seterusnya Sdri.Pek Choon Moy dan barisan  pemimpin yang berwibawa dengan satu motif iaitu menjadi pembela dan pelindung kepada warga pendididikan khususnya di Negeri Selangor.

PERJUANGN ERA Y2K

Bermula 9 Disember  1998 kepimpinan KPPK Selangor diterajui oleh Sdri. Pek Choon Moy.  Sementara itu pada tahun 1999 Tn. Hj. Shahar bin Jailani telah bersara,  penyandang jawatan pengerusi yang baru disandang oleh Sdr. Mokhatar bin Ahmad.  Bermula detik itu satu gabungan yang mantap telah bergabung bagi memperjuangkan hak-hak guru.

KPPK Cawangan Selangor sekali lagi telah membeli satu bangunan yang beru di Shah Alam pada 24 Mac 2001.  Perasmian bangunan baru telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Dato’ Dr. Fong Chan Ong.  Bangunan tersebut beroperasi sehingga kini sebagai pusat “one stop centre” bagi ahli-ahli KPPK Cawangan Selangor.

KPPK adalah kesatuan gabungan CUEPACS.   Banyak isu dan tuntutan telah dibuat melalui CUEPACS.  Sdri. Pek Choon Moy juga telah dipilih sebagai Pengerusi Cuepacs Bahagian Selangor sejak tahun 2002 hingga 2008, kemudian bagi tempoh 2010 hingga 2012.  Sementara itu, Sdr. Suwedan a/l Sellappan (Naib Pengerusi NUTP Selangor) sebagai Pegawai Pendidikan CUEPACS Bahagian Selangor.  Selain daripada itu, KPPK adalah gabungan dengan MTUC, Education International dan Asean Council Of Teacher.  Isu-isu pendidikan juga boleh diselesaikan di meja rundingan Mesyuarat Pemuafakatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia atau di peringkat negeri  dalam Mesyuarat bersama Jabatan Pelajaran.