Written by Administrator
|
09 April 2013
Semua Ahli KPPK Cawangan Selangor
Saudara/Saudari,
BANTUN EHSAN TABUNG WIRA LAHAT DATU
Dengan hormatnya perkara tersebut adalah dirujuki.
2. Pihak KPPK ingin memohon jasa baik ahli-ahli KPPK Cawangan Selangor dalam menghulurkan sedikit bantuan ikhlas untuk bantuan keluarga perwira negara yang telibat tanpa paksaan.
3. Semua derma haruslah dibuat dalam bentuk cek atas nama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Selangor. Sila kembalikan potongan borang di bawah bersama dengan cek yang lengkap kepada KPPK Cawangan Selangor dengan kadar segera. Semua sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada Tabung Wira Lahat Datu.
4. Sila hantar sumbangan saudara/saudari sebelum atau pada 20 April 2013.
Segala bantuan dan budi baik saudara/saudari amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PEK CHOON MOY
A.M.S., P.P.N., P.J.K.
Setiausaha Kehormat
NUTP Cawangan Selangor.
.............................................................SILA POTONG DISINI................................................................
PER: BANTUAN EHSAN UNTUK TABUNG WIRA LAHAD DATU
Nama Penderma :...............................................................................................................................
Nama Sekolah:.....................................................................................................................................
Jumlah Derma:.....................................................Nama Bank & No. Cek:.......................................
Yang ikhlas,
___________________ Tarikh:___________________
Tandatangan