Dim lights

Sejarah perjuangan  gerakan kesatuan dikalangan guru-guru bermula dengan penubuhan Union of Selangor Teachers pada 24.Ogos.1947 dengan seramai 41 orang ahli pengasas.  Pada tanggal 12.Ogos.1954 ,pertubuhan ini dibubarkan dan NUT  Cawangan Selangor  diasaskan pula.  Sejak penubuhannya NUT Cawangan Selangor sangat aktif dalam isu-isu perkhidmatan  dan sosial .  Menjelang tahun 1967 ,keahliannya telah mencapai angka 2,500 orang.

Para pemimpin sewaktu ini sangat prihatin terhadap soal-soal yang berhubung kait dengan  martabat kaum guru  .  Ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka  menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada pemimpin-pemimpin hari ini .  Di antara tindakan yang diambil oleh mereka demi memartabatkan profesyen  perguruan  adalah seperti perhimpunan , piket ,`Work-To-Rule’ , ceramah  dan mogok  .  Semua ini dijalankan semata-mata kerana untuk mempertahankan kaum guru  .  Kedudukannya yang dekat dengan ibu pejabat menyebabkan cawangan ini terlibat secara lebih aktif didalam semua rancangan yang dijalankan oleh ibu pejabat.